Wednesday, September 26, 2012

Tips Membanyakkan Air Susu/ Milk Booster


Assalamualaikum semua...

Hari ni Sue nak share pasal tips membanyakkan air susu.. as we know susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak kita. Sure ramai mommies especially yang baru dapat anak pertama mesti risau bila hasil susu merundum kan... same goes to me dulu...bila susu agak kurengg jer..mula la tercari-cari tips or petua nak banyakkan hasil susu.

So kat sini saya nak list kan antara tips yang saya jumpa di satu blog ni (credit): 


PEMAKANAN

  • Lobak putih -  orang kata rasanya pelik, tak sedap dan pahit, tapi sedap jer bagi momma. Masa Damia momma tak pernah amik pun. So bagi yg baru nak makan di nasihatkan potong kecik-kecik lobak tuh dan masak sup or sayur campur. SEDAP.  Kesannya mmg terasa. Dan ia mmg membantu utk membayakkan susu.
  • Bayam - masak air pun sedap dah. ada orang buat goreng. Kesannya mmg terasa. Dan ia mmg membantu utk membayakkan susu.
  •  Broccoli - Bagus. Sumber Kalsium yang baik.
  • Sawi - Masak goreng tumis atau rebus.
  • Cekur Manis - masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
  • Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang - dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.
  • Kacang Hijau - bubur kacang hijau.campur beras merah & also bagus utk pekatkan susu.
  • Kacang Tanah - kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
  • Daun Kucai - daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus.makanlah bersama-sama nasi.
  • Petola, daun turi - masak lemak manis
  • Kacang Buncis
  • Pucuk betik 
  • Roti - segala jenis roti especially roti planta
  • Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
  • Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert
  • Kismis - 7 biji setiap pagi, tengahari, malam
  • Ikan Tenggiri
  • Sengkuang Cina
  • Biskut bijirin - ape2 saje biskut yg ade cereal, cth dr brand IKO, Jacob etc.Momma amik Kellogge Cornflakes + Kismis + Milo
  • Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin/ di proses, yg pure tau


MINUMAN
  • Air masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah banyak air susunya.
  • Minum susu - Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
  • Longan Kering - Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Direbus dulu dengan gula batu/ gula kabung/ gula merah, kemudian diminum airnya.
  • Halba - rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil ngan air suam kalu tak lalu nak minum airnye. Bole juga ditambah dlm apa2 masakan cth kari.
  • Oat - minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.
  • Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
  • Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
  • Soya - minum secawan sehari.
  • Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
  • Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.
  • Air Kelapa
  • Air Sengkuang Cina - Boleh beli yg dalm tin brand season F&N or buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus ngan gula sedikit.
  • Daun betik -rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
  • Lobak putih -parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih+lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
  • Milkmaid tea
  • Melilea Organic Soya Drink
  • Autumnz Organic Nursing Tea 
  • Joy Angel Nursing Tea 


SUPPLEMENT

  • Kalsium
  • Obimim
  • Omega 3
  • Vitamin C
  • Jamu yang membanyakkan air susu i.e PIL ASI, jamu nona roguy (phytonatal)
  • Alfalfa
  • Bidadari DCL
  • GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC, bole didapati di farmasi GNC.
  • Habatussauda 
  • Organic Spirulina
  • Melilea Greenfield Organic 
  • ML - Goat's Rue Vegetarian Capsules  
  • ML - More Milk Plus Vegetarian Capsules 
  • ML - More Milk Special Blend Alcohol-free tincture (2oz) 

PERBUATAN

  • Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susu keluar dgn laju, Masa mandi check kalo-kalo ada yang tersumbat.
  • Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan berlebihan nanti. 
  • kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon BREAST untuk membanyakkan air susu.
  • Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkan perjalanan urat-urat tetek.
  • Pam susu sambil lihat muka anak or gambar anak di hp atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dalam hidup.
  • Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan (tidak stres) dan di banyakkan air susu. Usaha + tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkan selepas solat, sebelum start pump, semasa pump dan selepas pum.
  • Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin
    terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti) as roven skin to skin contact akan encourage baby utk menyusu sekerap mungkin.
  • Susuilah baby kedua-dua belah payudara sehingga baby sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu. Kalo tak boleh buat double pumping bersama baby.


ZIKIR DAN DOA

  • Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. 
  • Baca doa untuk ibu-ibu yang breastfeed - "Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..." 
  • Baca Selawat dan bismillah dulu. 
  • Baca surah albaqarah ayat 60 - Sambil baca ayat tue letakkan tangan pada breast, usap2, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kite & supaya kite mampu provide susu yg cukup pd anak kite hingga sekurang-kurangnye umurnye 2 tahun... 


Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".


WAJIB DITINGGALKAN
  • Minuman Ais
  • Minuman bergas
Bila menyusukan, jangan sesekali risau. Perlu tenang. Kalau ada risau sikit pun boleh kurangkan pengeluaran susu



Tetapi perlu ingat usaha itu tidak semudah yang disangka.. Kecekalan,azam, yakin padaNya.. insyaAllah misi anda akan berjaya. Semua kena tahu konsep demand Vs supply. Lebih banyak rangsangan kepada payudara, lebih banyak susu akan dapat dihasilkan....


Semoga tips yang Sue share ini bermanfaat insyaAllah :)

Tuesday, September 25, 2012

Jom Cantik Dengan Vitamin E Shaklee



Mesti ramai yang dah tau Vitamin E ni memang bagus untuk kesihatan kulit kan..tapi kenapa dalam banyak-banyak brand jenama Shaklee ni antara yang terbaik. Meh kita tengok perbezaan vitamin E Shaklee dengan vitamin E lain yang ada di pasaran. (^_^)

PERBEZAAN VITA E SHAKLEE BERBANDING VITAMIN E DI PASARAN

1. Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli - natural/organic - ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia/tiruan 
2. Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate - membuktikan ianya from natural source. Untuk info, satu huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ia sumber tiruan or kimia - bahaya untuk tubuh anda. (check yours now!)
3. Mengandungi 400IU, lengkap dengan Selenium (as selenium yeast) untuk memastikan penyerapan pada tubuh dengan lebih sempurna

KELEBIHAN VITAMIN E

- Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
Memperbaiki peredaran darah
Memperbaiki tisu
Melindungi paru2 dari pencemaran udara
- Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
Mengurangkan parut
- Mengurangkan tekanan darah
- Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
- Meningkatkan prestasi atlit dengan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
- Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari
- Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
Merendahkan kadar kolesterol
- Membantu mencegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
- Juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri
- Membantu kawasan gelap areola mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
- Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual
Mengatasi masalah kedinginan dalam perhubungan suami isteri di kalangan ibu menyusu

Credit to nad

Mahu cuba Vitamin-E? Kami tawarkan 3 pakej kepada anda semua...
  • Beli apa jua budget pack, dan dapatkan pada harga tambahan istimewa
  • Percubaan untuk 30 hari sahaja pada kadar RM47 termasuk kos penghantaran
  • Sebotol Shaklee Vit-E (120 tabs) pada harga istimewa RM129 termasuk kos penghantaran.


Hubungi Sue:
- SMS/Whatsapp 012 222 7015
- FB: Suhaida Suhaimi
- Email: suhaidasuhaimi@yahoo.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...